Sabtu, 4 Disember 2010

testimoni

  Penawar HIV

Mata yang melihat pasti tersentuh dan simpati melihat tubuh yang tidak bermaya, pucat lesi, cengkung dan menderita. Akibat daripada kecuaian pihak hospital beliau terpaksa berhadapan dengan maut, itulah nasib Puan Bashah Bt. Haji Mustaffa, 55 tahun yang berasal dari Jitra Kedah.
Pada 28 April 2000 Puan Bashah telah di masukkan ke Hospital Jitra Kedah untuk mendapatkan rawatan akibat masalah pendarahan haid. Permindahan darah dilakukan dalam memulihkan masalah yang di hadapi dan selang beberapa hari kemudian Puan Bashah di benarkan pulang.
Seminggu selepas melalui rawatan, seorang doktor dari hospital berkenaan telah memanggil Pn Bashah ke hospital berkenaan bagi menjalani ujian darah sekali lagi dan pada petang 8 Mei 2000 beliau di beritahu oleh pihak hospital bahawa darah yang telah dipindahkan ke dalam tubuh beliau mengandungi virus HIV, kini Puan Bashah penghidap HIV positif!
Pihak Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan Kedah Dr. Shafie Ooyub mengesahkan darah yang dipindahkan kebadan wanita itu mengandungi virus HIV. Darah itu diperoleh daripada seorang penderma tetapi proses permindahan dilakukan sebelum keputusan ujian kandunganya diterima daripada Hospital Alor Star.
Pn Bashah dan suami telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kerana mendakwa pihak Hospital Jitra cuai dan menfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia dan hospital berkenaan.
Setiap hari Pn Bashah diberi pil anti-HIV sebanyak 15 biji sehari, iaitu 5 biji di ambil pada waktu pagi, 5 biji pada tengahari dan selebihnya pada sebelah petang. Kandungan kimia dalam pil-pil tersebut telah mengakibatkan beliau sering mengeletar, pening, muntah, sukar tidur dan tubuh jadi tidak bermaya.
Aktiviti kehidupan Puan Bashah tidak lagi seperti dahulu, kelas mengaji Al-Quran dirumahnya tidak lagi di adakan, malah beliau juga malu untuk berhadapan dengan masyarakat, orang kampung mula memandang serong terhadap beliau, kehidupan Puan Bashah kini sememangnya penuh penderitaan.
Pada tarikh 22 Mei 2000, pusat perubatan komplimentari iaitu Color Vibration Therapy (CVT)  berbesar hati ingin merawat Puan Bashah dan seterusnya telah mendapatkan persetujuan dari Puan Bashah dan keluarga dalam usaha memberi rawatan kepada beliau.
Kumpulan perubatan dari Color Vibration Therapy yang diketua oleh Dr. Hajah Che Manis dan Dr. Ustaz Fadhil dengan bimbingan Prof. Dr. Norhisham Wahab telah membuat lawatan pertama ke rumah beliau di Jitra Kedah. Pada peringkat awal rawatan, Puan Bashah di beri formula  NW, Aromatherapy Seri Wajah dan Tea Tree Cleanser.
“Penemuan formula NW”
Selepas mengambil formula Color Vibration Therapy (CVT) selama 10 hari, kesihatan Puan Bashah bertambah baik. Simptom-simptom kehadiran virus HIV dalam tubuh badan beliau semakin beransur pulih dan beliau kembali bertenaga.
“Aspek teknikal dalam rawatan CVT”
Lawatan susulan seterusnya dilakukan oleh kumpulan perubatan dari Color Vibration Therapy (CVT), keadaan Puan Bashah yang semakin sihat mendorong beliau memulakan semula kelas mengaji Al–Quran di rumahnya.
Rawatan susulan terus dilakukan untuk memastikan kesihatan beliau bertambah baik disamping mengikuti rawatan mandian hidroterapi ais dan pengambilan formula Color Vibration Therapy (CVT). Keadaan Puan Bashah yang bertambah sihat, dan berat badan yang semakin bertambah mendorong beliau membuat pengakuan kepada umum bahawa dengan membuat rawatan alternatif kesihatanya kembali pulih.
“Fakta dan pembuktian secara saintifik terhadap ketahanan sel-sel imun”
Pada tarikh 19 September 2004 ujian darah telah dijalankan sekali lagi di Hospital Alor Setar, Kedah, tahap HIV didalam badan Puan Bashah telah turun dari tahap 4 kepada tahap 1 dan 2. Puan Bashah yang juga mengidap Hepatitis C (masalah serius di bahagian hati), menunjukan perkembangan kesihatan yang jauh lebih baik dari sebelumnya.
“Testimoni eksklusif peranan NW”
Pengambilan formula Color Vibration Therapy di teruskan bagi memberi tenaga kepada antibodi pesakit. Kesihatan Puan Bashah semakin baik dan kembali bermaya, di atas persetujuan Prof Dr. Norhisham beliau meneruskan pengambilan formula Color Vibration Therapy supaya kesihatan beliau kekal pada tahap yang baik.
“8 Tahun, satu tempoh masa bertahan dalam kes
HIV positif yang cukup menakjubkan untuk di kaji secara serius”
Pada 20 Disember 2008 satu majlis perjumpaan khas telah di adakan diantara Prof Dr. Norhisham dan Puan Bashah serta bebeberapa pengamal-pengamal Color Vibration Therapy yang lain.  Majlis tersebut yang di adakan di Pusat Rawatan Alternatif CVT Perlis bertujuan  mendapatkan kata persefahaman dalam berkongsi maklumat kesihatan bagi tujuan menyebarkan pengetahuan perubatan Color Vibration Therapy kepada masyarakat umum disamping untuk berkongsi ilmu dan pengalaman daripada apa yang telah dihadapi oleh Puan Bashah.
“Bagaikan Mati Hidup Semula”
Kini kesihatan Puan Bashah bertambah sihat dan masalah-masalah yang menggangu kehidupan hariannya sebelum ini tiada lagi. Formula Color Vibration Therapy sekali lagi telah membuktikan keberkesananya dalam membantu meningkatkan kesihatan pesakit HIV.
Ucapan tahniah kepada Dr. Hajah Che Manis dan Dr. Ustaz Fadhil yang telah mengetuai program perubatan ini dan juga pengamal perubatan CVT lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam usaha membantu Puan Bashah, sekalung ucapan tahniah diucapkan.
CVT sebagai pusat perubatan komplimentari mampu memberi kerjasama dengan pembantu alopaty di Malaysia. Dipelawa semua saintis yang berminat dalam berkongsi ilmu rahsia CVT datang atau menghubungi ibu pejabat CVT.
“Dijemput para saintis dan pengkaji dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan dengan penemuan formula NW secara efektif menyembuhkan HIV”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan