Jumaat, 3 Disember 2010

Ibu mengandung boleh minum air sejuk


Ibu mengandung boleh minum air sejuk

Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya.
Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.
Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais. Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian amalkan minuman berais.
Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.
Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.
Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep teori tekanan. kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.

Rawatan Ketika Mengandung

Bayi dalam kandungan hingga berusia hingga 2 tahun amat peka terhadap rangsangan saraf. Getaran tenaga yang digunakan dalam kaedah rawatan Colour Vibration Therapy ialah menyamai dengan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Secara semula jadi, tubuh mendapat getaran tenaga daripada mandi, makan, tidur dan amalan-amalan normal seharian. Kelebihan formula CVT ialah getaran ini telah difokuskan dan dikonsistenkan tenaganya supaya kesan rawatan dengan cara mempertanagakan sel berlaku. Secara semula jadi, kesan rawatan tidak ketara, cuma rasa segar sahaja.
Ubat-ubatan herba (tradisional serta jamu) dan kimia (hospital) mahupun homeopaty (jisim atom) adalah bahan yang berbentuk jisim. Bahan ini apabila berada di dalam tubuh, ia akan melakukan tindak balas tertentu terhadap organ tertentu. Oleh itu, ia akan memberikan kesan yang baik dan juga kesan yang mudarat (kerana ia masih ada dalam bentuk jisim untuk terus melalui proses penghadaman dan kitaran fisiologi tubuh). Berbeza dengan kaedah rawatan CVT, semua formula hanyalah berfungsi sebagai medium pembawa gema (getaran vibration) dan yang akan bertindak memindahkan tenaga ke dalam tubuh melalui deria saraf. Tenaga yang mencukupi akan merangsang aktiviti sel (melalui DNA dan RNA) manakala sekiranya tenaga ini berlebihan atau tidak diperlukan, saraf tidak mahu mengesannya (bermaksud tubuh menolaknya).
Getaran tenaga semula jadi ini sedikit pun tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya apa tah lagi kepada ibu mengandung, bayi dalam kandungan, bayi dan kanak-kanak dan juga selepas pantang.
  Aromatherapy Seri Wajah maternity oil dititiskan ke dalam kolah mandi dan air minuman amat digalakkan kepada ibu mengandung kerana bayi akan turut mendapat manfaatnya. Kegagalan ibu merawat penyakit yang sedia ada, maklumat DNA yang mengandungi rakaman penyakit akan dipindahkan kepada bayi dalam kandungan. Apabila keadaan ini berlaku, bayi tersebut akan mewarisi penyakit bawaan genetik dan berkemungkinan berisiko mendapat menyakit seperti ibunya jika bayi ini tidak mendapatkan rawatan sepanjang tempoh membesar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan