Berbanding dua teori sebelumnya, teori bahawa alam ini wujud secara azali tanpa pencipta yang memulakannya sebenarnya adalah teori yang paling dibincangkan secara akliah untuk menolak teori hakiki bahawa alam ini sebenarnya adalah sentuhan ciptaan Allah yang maha agung.
Untuk menentukan bahawa keazalian itu adalah milik Allah, bukan milik alam ini yang hanyalah bersifat baru yang diciptakan, ulama Islam awal telah mengemukakan penghujahan akal yang hebat seperti pembahagian kewujudan ini kepada dua iaitu suatu yang berdiri sendiri (jauhar) seperti matahari dan tubuh manusia dan kedua, suatu yang tidak boleh berdiri sendiri (aradh) malah bergantung wujudnya kepada jauhar tadi seperti sifat panas dan sihat.
Mereka berkata, tidak ada jauhar kecuali adalah aradh yang melaziminya. Setiap aradh adalah baru. Ini kerana panas dan sakit misalnya tidak boleh wujud kecuali didahului oleh sejuk dan sihat. Begitulah sebaliknya. Maka sejuk misalnya memerlukan sebab atau pemula yang akan menukarkannya kepada panas. Pemula itulah pencipta. Oleh keran jauhar tidak boleh ada tanpa aradh, maka jauhar juga adalah baru sifatnya. Setiap yang baru adalah diciptakan. Oleh kerana alam ini adalah jauhar, maka ia adalah baru dan diciptakan.
Hujah sebegini terlalu logika dan awangan sifatnya bagi kita hari ini. Tetapi perkembangan pesat sains moden kini telah menemukan kita dengan jawaban bersifat hukum alam yang pasti bagi membenarkan teori akliah lama di atas.
Antaranya adalah hukum pergerakan haba yang mencetuskan kehidupan di alam ini. Tanpa haba alam ini adalah mati dan tiadalah kehidupan. Hukum haba menetapkan bahawa isi alam ini sedang menuju proses penyejukan dan kehilangan haba secara berperingkat yang pasti berakhir dengan kematian alam ini. Selagi matahari memancar, bintang bergemerlapan dan bumi ini dikayai bermacam kehidupan, maka ia membuktikan pergerakan haba dan tenaga yang mestilah terhasil dan bermula dari saat yang tertentu.
Teori sains mengenai haba menetapkan bahawa selagi mana pergerakan haba berlaku di alam ini, maka ia tidak mungkin berlaku secara azali tanpa permulaan kerana kepanasan itu tidak mungkin bermula sendiri selepas kesejukan. Kalau azali sifatnya, ia mesti terus sejuk. Sejuk adalah kematian. Jika mati, bagaimana alam ini wujud pula? Apabila alam ini terbukti tidak azali, maka keazalian adalah milik Allah semutlaknya. Dialah pemula dan pencipta haba dan segalanya dan tiada apapun yang memulakanNya. Lihatlah bagaimana teori ulama Islam ratusan tahun lepas telah dibenarkan oleh hukum sains moden.
Antara hukum sains moden yang ditemui adalah hukum pergerakan elektron di dalam sel setiap kehidupan. Sains moden membongkar kewujudan zarah kecil yang menjadi asas yang membentuk setiap kewujudan setiap sesuatu di alam ini. Ia terbentuk daripada jalinan tenaga elektrik positif dan negatif antara proton, elektron, nukleus dan neutron. Elektron berpusing mengelilingi nukleus pada kelajuan melampau tanpa henti. Pergerakan menakjubkan ini jika berakhir akan mengakibatkan elektron ditarik kepada nukleus yang akan mengakhiri kehidupan zarah seterusnya kehidupan ini pada skala yang lebih besar.
Sesuatu yang bergerak dan berpusing semestinya perlu bermula dari satu noktah permulaan masa dan tempat. Oleh kerana noktah yang memulakan pergerakan elektron itu tidak dapat dikesani, maka noktah itu sendiri sebenarnya adalah juga noktah mula kepada kewujudan sesuatu zarah dan jirim. Maka kita memperolehi suatu hukum yang pasti bahawa wujud alam yang bermula dengan pergerakan menakjubkan dalam zarah itu adalah bermula dari satu titik mula. Sesuatu yang tiada tidak boleh memulakan sesuatu apatah mewujudkan sesuatu. Maka tiada lagi yang memulakan pergerakan itu selain satu kuasa agung yang memulakan pergerakan dari noktah awal tersebut. Kuasa itu adalah Allah yang esa.
Tanpa memperakui kewujudan kekuasaan agung itu, maka manusia akan terus terkapai-kapai lemas mencari hakikat kehidupan dan tidak mungkin lagi menemuinya kerana mereka telah menolak satu hakikat paling pasti iaitu wujudnya satu kuasa mesti yang memulakan pergerakan yang mencetuskan kehidupan segala sesuatu.
Antara hukum sains lain yang menolak teori bahawa alam ini wujud secara azali tanpa pencipta adalah perihal tenaga matahari atau bintang. Dari mana tenaga yang terhasil di matahari dan bintang? Dan bagaimana ia mengekalkan kepanasannya itu? Sains menjawab bahawa ia terhasil daripada tindak balas zarah-zarah dan gas dalam matahari yang saling bertembungan sesama sendiri yang menyebabkan berlakunya penghasilan haba dan tenaga yang besar. Sebagaimana proses penghasilan haba dan tenaga pada sesuatu jirim akan menyebabkannya semakin kehilangan bilangan zarahnya, maka begitulah matahari akan secara berterusan kehilangan zarahnya sedikit demi sedikit walaupun pada jumlah yang begitu kecil.
Pemindahan dan pertukaran zarah kepada tenaga yang berterusan yang mengakibatkan kesusutan pada zarah matahari dan bintang pada hakikatnya menjadi bukti yang jelas bahawa matahari dan segala isi cakerawala sebenarnya tidak azali. Ini kerana sesuatu yang azali tidak boleh berubah kerana perubahan adalah sifat kebaruan. Setiap yang baru mesti bermula dan berakhir. Jika begitu, yang kekal azali hanyalah Allah, tuhan yang memula dan menyudahkan.
2) Fenomena kemahuan ilahiyah
Selepas kita memahami bukti pertama melalui fenomena barunya alam ini, maka mari kita melihat kepada fenomena kedua yang tersaksi di dalam kehidupan ini yang membuktikan kewujudan dan keesaan Allah. Fenomena tersebut adalah kehendak ilahiyah di dalam kehidupan. Ia bermaksud sesuatu yang berlaku di alam ini adalah dengan kesengajaan dan kehendak, bukan berlaku secara kebetulan.
Sebagai contoh, anda ditunjukkan satu jawaban yang tepat bagi satu soalan matematik tahap SPM. Anda bertanya, siapakah yang menjawab soalan ini? Anda diberitahu oleh seorang guru yang terpercaya bahawa ia dijawab oleh seorang kanak-kanak 4 tahun yang lemah. Adakah anda akan mempercayainya? Tentu agak mustahil untuk anda memperakuinya tetapi anda mungkin menerima saja kerana ia mungkin satu kebetulan!
Kemudian anda ditunjukkan pula dengan 10 jawaban tepat kepada 10 soalan matematik tahap SPM dan anda diberitahu bahawa kanak-kanak tersebutlah yang menjawabnya. Pada tahap ini, keyakinan anda kepada guru tersebut bertambah pudar. Bagaimana dibayangkan kaedah ‘kebetulan’ boleh diguna pakai lagi?
Sekarang bayangkan jika anda diberitahu 100 atau 1000 soalan SPM itu telah dijawab tepat oleh kanak-kanak biasa itu. Saat itu anda pasti memuktamadkan kemustahilannya dan anda mungkin saja menganggap guru itu sebagai pembohong paling besar!
Maksudnya, walaupun kejadian kebetulan itu boleh berlaku di mana-mana pun, ia tidak mungkin berulang-ulang dalam kes yang sama. Mengikut hukum logika, nisbah berlakunya kebetulan itu akan terus mengecil jika lawannya bertambah. Untuk satu soalan objektif dengan pilihan jawaban A dan B misalnya, nisbah ketepatan jawaban di antara kebetulan dan kesengajaan adalah 1:2. Tetapi jika pilihan jawaban yang diberikan adalah 10, maka nisbah untuk ketepatan jawaban secara kebetulan akan semakin mengecil kepada 1:10 sahaja. Bagaimana jika pilihan jawaban untuk soalan objektif itu adalah 1000. Adakah mungkin bagi seorang kanak-kanak biasa untuk soalan 125×22 akan memangkah jawaban tepat secara kebetulan iaitu 2750 dari 1000 pilihan jawaban objektif yang disediakan? Mustahil!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan