Selasa, 26 April 2011

Izrail pasti datang menjemput..



Kematian itu suatu yang pasti. Soal masa dan tempat, itu bukan urusan kita. Ada kisah orang-orang tua dahulu yang pergi ke Mekah menaiki kapal, meninggal di atas kapal. Kuburnya bersama ikan-ikan di laut. 

Semalam, saya mendapat berita, seorang petugas Gerak UPU PAS Kedah, meninggal. Kelmarin mengambil peserta di Kompleks PAS Kedah, esoknya sudah pergi dijemput Ilahi. Semoga Allah berkati usaha, perjuangannya dan pengorbanannya. Al-Fatihah untuk Pak Lang Yadim Kuala Nerang.

Terbaru, kemalangan ngeri di Cameron Higland, dekat Kampung Kerawai, KM9.3 laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Difahamkan 27 orang telah terbunuh. Begitu mudah nyawa diambil.

Nyawa Itu Fana, Mati Itu Pasti
Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Seumpama tempat persinggahan sebelum berpindah ke alam yang kekal abadi. Selama mana seseorang itu hidup di dunia, pengakhirannya adalah mati. Cuba pejamkan mata anda dan fikirkan seketika; Apa itu kematian?

Fikir sejenak.
Lahir-merengek-meraung-masuk tadika-masuk sekolah rendah-UPSR-masuk sekolah menengah-PMR-SPM-Universiti/Kolej/Politeknik/Bekerja-Kahwin-Ada anak-Ada cucu-Mati
Bagi rata-rata mahasiswa, saya fikir ini adalah rutin hariannya
Bangun pagi-pergi kampus-masuk kuliah-pergi kafe-balik bilik-buka Facebook-atas katil (tidur) 
Bagi yang memberi tambah nilai pada rutinnya (solat, melakukan kerja-kerja Islam dan ibadah-ibadah lain), tahniah saya ucapkan


Adakah sekadar itu matlamat hidup kita? Tagline "Hidup muda hanya sekali" perlu dibuang dari minda insan yang memegang kalimah Lailahaillah. Hidup muda memang hanya sekali dan mati pun hanya datang menjemput sekali.


Mungkin ada yang berkata,
“Alah…biasa la bro, lumrah alam. Hidup, hidup, pastu mati..Ni lah masa nak enjoy kawan oi, kalau dah mati, macam mana nak enjoy? Kubur lain-lain bro…”
Kubur memang lain tetapi Allah itu Satu. Dia yang menghukum, Dia yang mengadili dan Dia yang  menentukan   panjang pendek tempoh kehidupan kita. Firman Allah
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.
                                                                                                                    (Surah Thaha ayat 55)


Sabda Rasulullah SAW
"Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kematian (mati).”
                                                                                  Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah
Kematian adalah suatu yang menakutkan bagi orang yang masih tidak mahu hilang kemewahan, hiburan dan keseronokan dunia. Apatah lagi yang tidak punya persiapan dengan amal ibadat yang hidup melawan arus kebenaran.


Tetapi tidak bagi orang yang beriman dan beramal soleh, yang mana mereka bersedia jika dijemput Allah SWT pada bila-bila masa dengan harapan memperolehi husnul khatimah iaitu mati dalam kesudahan yang baik atau mati dalam iman. Keadaan inilah yang diimpikan oleh setiap orang mukmin. 


Hikikikomori
Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり, adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrem disebabkan oleh pelbagai faktor.


Golongan Hikikomori di Jepun, tidak meninggalkan rumah mereka untuk jangka masa yang panjang. 'Hibernasi' mereka berlangsung selama berbulan-bulan, bertahun-tahun malah ada yang mencecah dekad. Itulah penangan games, rangkaian sosial Facebook dan 1001 macam tarikan Internet.


Budaya ini seakan menjangkiti generasi muda Malaysia. Terperap di bilik, tidak bercampur dengan masyarakat. Mereka di dalam dunia mereka yang tersendiri.


Inilah budaya yang meracuni umat Islam kini. Inilah bahaya daripada 'bahagia' hedonisme.Saya tidak fikir golongan ini mempunyai masa untuk berfikir sejenak tentang kematian. Dunia mereka cukup mudah. Sekitar jaring-jaring internet.


Adakah anda begini?


Berubahlah Sementara Masa Masih Ada
Saya mengajak diri saya dan rakan pembaca untuk menuju kepada hijrah. Hijrah diri ke arah yang lebih baik. Masa masih bersama kita sehingga kini. Jangan sia-siakan setiap masa anda. 


Anda perlukan Islam untuk berubah tetapi Islam tidak memerlukan anda untuk membawa perubahan kepadanya sekiranya anda tidak mahu


Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
                                                                                                      (Surah Al-Maaidah ayat 54) 


Kesimpulan
Mari sama-sama kita berfikir. Apa matlamat kita di muka bumi? Apakah tugas kita selaku khalifahNya?
Moga anda sempat berbakti untuk Islam. Senyumlah selagi anda boleh senyum. Ketawalah selagi anda boleh ketawa. Menangislah selagi anda boleh menangis. Ingat, Izrail pasti akan menjemput.

5 perkara yang merosakkan hati




Hati merupakan punca segala tindakan. Jika baik ia, maka baiklah perbuatan. Jika rosak ia, maka rosaklah perbuatan. Dengan hati, insan mengenal cinta. Dengan hati, insan merasa duka. 


Begitulah hebatnya pengaruh hati dalam kehidupan manusia. Ibnu Qayyim dalam Mufsidaatul Qalbi telah menyebutkan 5 perkara sebagai perosak hati.


1. Pergaulan Tanpa Tapisan
Tidak salah untuk bergaul dan menikmati kehidupan sosial. Sekurang-kurangnya ia menghilangkan stress dan menambah teman kita. Apa yang tidak dibenarkan adalah pergaulan yang terlalu bebas sehingga tiada tapisan dalam memilih teman.


Teman yang negatif akan menggelapkan hati, mempengaruhi kita kearah yang sebaliknya dan melemahkan kekuatan rohani. Ia seakan cerminan kepada diri kita. Tak percaya? Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai yang terpesong kerana pengaruh rakan. 




Lihat rakan anda yang bercouple. Adakah dengan bercouple dia semakin dekat dengan Allah sedangkan redha Allah itulah matlamat kehidupan kita. Tunjukkan atau kenalkan kepada saya jika ada. Buat yang masih bercouple, mari berfikir sejenak. 


Anda masih tidak berhak mengisikan sesuatu milikNya (hati) dengan wajah-wajah kekasih anda. Tunggulah sehingga sampai masanya. Akan tiba saat yang indah dimana dihalalkan apa yang diharamkan.


Mari kita lihat firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 27-29




Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".
Firman Allah dalam Surah az-Zukhruf ayat 67

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka persahabatan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci.


Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan bersahabat hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika persahabatan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah. 


Boleh rujuk artikel saya sebelum ini berkenaan sahabat. Klik di sini.


2. Angan-Angan
Angan-angan kosong boleh diibaratkan sebagai lautan yang tak bertepi. Tidak bertemu dengan daratan. Cuma dimainkan ombak. Kejap dilambung kejap ditenggelamkan.


Ada yang nak jadi cantik, ada yang nak jadi kacak, ada yang nak jadi kaya, ada yang nak jadi superstar. Rumah cantik, kereta besar, isteri lawa, suami bergaya. Macam-macam lagi lah. 1001 'jadian' yang manusia hendak. Tak pernah puas!


Angan-angan yang terbaik adalah angan-angan yang diikuti dengan tindakan dan semestinya bermanfaat kepada diri dan orang sekeliling. Sebagai contoh, angan-angan ataupun impian seputar ilmu, iman dan taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah).


3. Mencari Selain Dari Allah
Ini adalah faktor terbesar yang merosakkan hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya selain dari bergantung harap kepada selain dari Allah. Firman Alllah dalam Surah Maryam ayat 81-82,


Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka. Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.

Ia tidak hanya tetentu kepada orang kafir semata-mata. Bahkan juga kepada orang Islam yang meletakkan keyakinan terhadap Allah bukan pada tempat yang pertama dalam hatinya.


Agak terkilan bila melihat sahabat yang cukup risau bila dimasukkan ke course yang tidak menjamin kerjaya, kata orang. Agak sedih melihat sesetengah ahli politik yang sanggup berkata, 
" Tak payahlah masuk parti ***, duit pun tak dapat. Cuba kau masuk prti ****, bantuan pun dapat. Cuba bayangkan kalau *** memerintah, confirm melarat dan ditindas kaum kita!"

Siapa yang memberi rezeki kepada kita? Tidak lain tidak bukan hanyalah Allah yang Maha Kaya. Mari bersitghfar jika pernah terdetik di hati kita untuk meragui nikmat dan rezeki yang pasti diberi olehNya untuk hamba-hamba yang terpilih.


4. Makanan 
Ada dua jenis makanan yang merosakkan hati. Pertama, adalah yang qat'ie haram dan yang keduanya adalah makanan yang halal tetapi diambil dengan kadar yang berlebihan.


Makanan yang diambil dengan kadar berlebihan akan menyebabkan kemalasan dan menumpulkan akal. Hindarilah dari mengambil makanan dengan nafsu. Sabda Nabi SAW


 "Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."
              (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani)

5. Tidur Yang Berlebihan
Tidur yang berlebihan mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan menyebabkan kemalasan. 


Masa tidur yang terbaik adalah selepas solat Isyak. Ia memudahkan untuk bangun Qiyamullail dan menyegarkan minda dan diri di awal pagi. Perhatikan rakan-rakan anda yang mengantuk di dalam kelas. Cuba lihat waktu tidur mereka dan anda akan dapati punca mereka mangantuk di dalam kelas
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :


1.Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.


Cuba elakkan tidur selepas solat Subuh. Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). 


Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
                                                                                          (Madarijus Salikin)

Bahaya zina


Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Ertinya : Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” (Al-Israa : 32)
Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang ertinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina (1). Yakni : Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. (2)
Faahisah adalah = maksiat yang sangat buruk dan jelek
Wa saa’a sabiila = kerana akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka.
Tidak ada perselisihan di antara para ulama bahawa zina termasuk Al-Kabaa’ir (dosa-dosa besar) berdasarkan ayat di atas dan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Ertinya : Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman (3) darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” (Hadits shahih riwayat Abu Dawud no. 4690 dari jalan Abu Hurairah)
Berkata Ibnu Abbas. : “Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina” (Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59)
Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Ertinya : Dari Abi Hurairah, dia berkata : Telah bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang ramai) melihat kepadanya dengan mata-mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada ketika dia seorang mukmin” (Hadits shahih riwayat Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810 dan Muslim 1/54-55)
Maksud dari hadits yang mulia ini ialah :
Pertama : Bahawa sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya.
Kedua : Apabila seorang mukmin itu berzina dan seterusnya maka hilanglah kesempurnaan iman dari dirinya”(4)
Di antara sifat “ibaadur Rahman” (5) ialah : ‘tidak berzina’. Maka apabila seorang itu melakukan zina, nescaya hilanglah sifat-sifat mulia dari dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimannya. (6)
Setelah kita mengetahui berdasarkan nur Al-Qur’an dan Sunnah Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa zina termasuk ke dalam Al-Kabaair (dosa-dosa besar) maka akan lebih besar lagi dosanya apabila kita melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa?
Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang telah tua, maka dosanya akan lebih besar lagi berdasarkan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Ertinya : Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka seksa yang sangat pedih, yaitu ; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” (Hadits shahih riwayat Muslim 1/72 dari jalan Abu Hurairah, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti diatas)
Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah bernikah atau pernah merasakan nikah yang shahih baik sekarang ini sebagai suami atau isteri atau duda atau janda, sama saja, dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat yang setimpal dengan perbuatan mereka, yaitu didera sebanyak seratus kali kemudian di rejam sampai mati atau cukup di rejam saja. Adapun bagi lelaki yang masih bujang atau dan anak gadis hukumnya didera seratus kali kemudian diasingkan (dibuang) selama satu tahun. Dengan melihat kepada perbezaan hukuman dunia maka para ulama memutuskan berbeza juga besarnya dosa zina itu dari dosa besar kepada yang lebih besar dan sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa dilakukannya.
Kemudian, kalau kita melihat kepada siapa dilakukannya, maka apabila seorang itu berzina dengan isteri tetangganya, masuklah dia kedalam sebesar-besar dosa besar (baca kembali haditsnya di fasal kedua dari jalan Ibnu Mas’ud). Dan lebih membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan kepada mahramnya seperti kepada ibu kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, keponakan, bibinya dan lain-lain yang ada hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh. (7)

Setelah kita mengetahui serba sedikit tentang zina (8), dan dosanya, hukumannya di dunia di dalam syari’at Allah dan adzabnya di akhirat yang akan membawa para penzina terpanggang di dalam neraka, sekarang tibalah bagi kami untuk mejelaskan pokok permasalahan di dalam fasal ini yaitu hamil di luar nikah dan masalah nasab anak. Dalam fasal ini ada beberapa kejadian yang masing-masing berbeza hukumnya, maka kami berkata:
(Disalin dari kitab Menanti Buah Hati Dan Hadiah Untuk Yang Dinanti, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam Jakarta, Cetakan I – Th 1423H/2002M)
__________
Foote Note
(1). Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253
(2). Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.
(3). Yang dimaksud “kesempurnaan iman dan cahayanya” baca syarah hadits ini di Faidlul Qadir Syarah Jami’ush Shagir 1/367 no. 660
(4). Lihat syarah hadits ini di Fathul Bari no. 6772 Syarah Muslim Juz.2 hal.41-45 Imam An-Nawawi. Kitabul Iman oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah hal.239, 240
(5). Tafsir Ibnu Katsir surat Al-Furqan ayat 68
(6). Lihatlah tentang permasalahan zina, kerusakannya, hukumannya, dosanya, seksanya di kitab Jawaaabul Kaafiy, hal. 223 -239 dan 240 – 249 oleh Al-Imam Ibnul Qayyim
(7). Tafsir Ibnu Katsir surat An-Nisaa ayat 22
(8). Keluasan masalah zina dapat dibaca dan diteliti di kitab-kitab fiqih dan syarah hadits.

Isnin, 7 Mac 2011

pondok pasir tumboh

 

www.al-bakriah.com.my


Madrasah Diniah Bakriah
Pondok Terusan Limbat
Pasir Tumboh
16150 Kota Bharu
Kelantan Darulnaim
Tel 09-7657786
Fax 09-7659099
e-mail:albakriah@gmail.com
Web : www.al-bakriah.com.my
Blog : albakriah.wordpress.com

Khamis, 23 Disember 2010

hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad dan boleh dikesan mengunakan teknologi gelombang

*Kajian sains kuantum mendapati makhluk ghaib terbentuk
daripada ion positif, alah kepada cahaya*


  Masihkan anda anda ingat tentang filem Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.



Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat
atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof. Em. Dr Sir
Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon,
molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang
menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan
sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri
sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang
bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

"Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada
tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

"Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga
murni dan suci, berlaku.

"Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke
dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

"Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau
gelombang jin daripada rahim isteri.

"Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan,
tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. "Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi
merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang
tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

"Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

"Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik
bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. "Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung
mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

"Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya.

*FAKTA: Hantu dan jin*

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida,
frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas
beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada
tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.